Boleh dikatakan tiap-tiap sabtu ader ajer event. 23 Julai ni ader gak event. Pelancaran Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar yang akan diadakan di SK Seri Bayu. Kali ini tugas aku adalah mereka satu gaya atau cara untuk menyampaikan borang Rakan Alam Sekitar agar ia dapat unik. Apalah pulak yang aku nak reka ni. Macam-macam idea yang diberikan oleh hubby dan rakan-rakan. Hubby kata guna tikar mengkuang. Member-member cadangkan letak dalam tin biskut nampak guna semulanya. Semua bagus, tapi macam belum cukup unik. Datanglah cepat idea...agar nampak kelestarian pada tugas ku.
AnakAyahUmie
Nur Dahlia Fatihah, Nur Darina Fathiah, Ahmad Azmi & Norhayati...U i Luv
Thursday, July 14, 2011
Hari-hari yang penuh kesibukan...
Bermula ajer buka sekolah selepas cuti penggal yang lepas macam-macam program yang perlu dan telah dilaksanakan. Itulah tugas sebagai seorang pendidik, isteri dan ibu kepada dua orang puteri. Ooohhh...aku tak pernah cerita di blog ini, kehadiran puteri kedua ku Nur Darina Fathiah. Si kecik yang comel.
Wednesday, February 24, 2010
Saturday, February 20, 2010
My GiRl....

Nur Dahlia Fatihah...itulah satu-satunya anakku (buat masa inilah...). Semalam betul-betul buat aku dan suami gelabah seketika. Tapi kami tak tunjuk sangatlah...Mujur suami cepat bertindak...Tihah (panggilan manja anakku) bermain di play groun di Giant, Manjung...aku hanya sekadar memerhati dan suamiku di Guardian....selesai sahaja membeli brg suamiku keluar join aku tgk Tihah main...sedang leka bermain...Tihah mencuba utk bergayut....sedang dia cuba utk bergayut...tiba2 tangannye terlepas dan anakku terjatuh terlentang...
Elok je lepas tu..dia bangun tapi dlm keadaan yg sakit dan nak nangis...suamiku terus dukung dan bergegas lari ke kereta...sambil dukung suamiku terus bercakap dgn anakku agar dia terus sedar kerana dia seakan hendak pengsan...aku kaget..terus mengikut mereka dari belakang...setibanya di kereta, Tihah dibaringkan...selepas diberi minum dia mula beransur pulih...
Aku dan suami cukup risau...takut2 ader effect dgn bahagian belakang badannya...
Itu ajerlah yg aku ader...jauhilah anakku dari sebarang bencana dan kecelakaan Ya Allah....Amin...
Monday, February 15, 2010
Indahnya Hidup Bersyariat

Sebuah buku yang perlu dimiliki oleh semua orang. Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Buku ini merupakan hasil nukilan Ustaz Ismail Kamus, terbitan Telaga Biru..
Subscribe to:
Posts (Atom)


