Thursday, July 14, 2011

Hari-hari yang penuh kesibukan...

Bermula ajer buka sekolah selepas cuti penggal yang lepas macam-macam program yang perlu dan telah dilaksanakan. Itulah tugas sebagai seorang pendidik, isteri dan ibu kepada dua orang puteri. Ooohhh...aku tak pernah cerita di blog ini, kehadiran puteri kedua ku Nur Darina Fathiah. Si kecik yang comel.

Boleh dikatakan tiap-tiap sabtu ader ajer event. 23 Julai ni ader gak event. Pelancaran Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar yang akan diadakan di SK Seri Bayu. Kali ini tugas aku adalah mereka satu gaya atau cara untuk menyampaikan borang Rakan Alam Sekitar agar ia dapat unik. Apalah pulak yang aku nak reka ni. Macam-macam idea yang diberikan oleh hubby dan rakan-rakan. Hubby kata guna tikar mengkuang. Member-member cadangkan letak dalam tin biskut nampak guna semulanya. Semua bagus, tapi macam belum cukup unik. Datanglah cepat idea...agar nampak kelestarian pada tugas ku.

No comments:

Post a Comment